MAJLIS PERLANTIKAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012

Majlis Perlantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2012 telah diadakan pada 17 Januari 2012 bagi sesi pagi dan 30 Januari 2012 bagi sesi petang.  Dimana watikah tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar SKDB iaitu En. Mohamad Jafar Bin Ibrahim. Disepanjang majlis berlansung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti penyerahan watikah, lafaz ikrar dan nyanyian lagu. Penglibatan murid sebagai pengawas pusat sumber amat berkesan dalam membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan pusat sumber sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid yang layak dan telah dilantik sebagai pengawas pusat sumber sekolah Semoga dapat menjalankan tugas yang diberi dengan cekap, dinamik dan berwibawa disamping dapat mengharumkan nama baik sekolah.