KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-11 (2012)

Pada 20 Januari 2012 bersamaan hari jumaat SK Desa Baiduri telah mengadakan kejohanan merentas desa kali ke-11 dimana aktiviti ini telah melibatkan murid bagi Tahun 4, Tahun dan Tahun 6. Sewaktu acara larian dilancarkan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti mengambil kedatangan, senamrobik, taklimat ringkas, larian dan penyampaian hadiah. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk minat murid dalam bidang sukan disamping sekolah dapat mencungkil bakat-bakat yang ada pada setiap murid bagi menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan di luar sekolah seperti peringkat MSSD,MSSN,MSSM.