MAJLIS HARI TERBUKA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2011

MAJLIS HARI TERBUKA KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN UPSR 2011




Tarikh : 17 November 2011
Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat : Dewan SK Desa Baiduri

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 yang telah mendapat keputusan yang baik dalam UPSR 2011 manakala seramai 23 orang murid lagi telah mencatatkan keputusan yang cemerlang iaitu 5A di dalam semua matapelajaran antaranya Bahasa Melayu (Pemahaman & Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Walaupun tidak ramai murid yang memperoleh 5A tetapi analisis matapelajaran bagi SK Desa Baiduri telah mencatatkan peningkatan yang lebih baik berbanding dengan tahun lepas. Diharap agar semua murid tahun 6 akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang & maju jaya di masa akan datang.