Kejohanan Road Run 2017


TAHNIAH PEMENANG ROAD RUN 2017


Kejohanan Road Run 2017
TARIKH  : Sabtu / 14 Januari 2017
TEMPAT : Sekitar kawasan perumahan Persiaran Desa Baiduri


     Kejohanan Road Run 2017 merupakan salah satu aktiviti tahunan Sk Desa Baiduri yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini seperti biasa, acara merentas desa ini melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6  mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Nilam, Mutiara, Delima dan Zamrud.

     Aktiviti bermula seawal jam 7.30 pagi. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing. Pada jam 7.45, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan aktivti senamrobik oleh KISB SKDB. Selepas itu, En. Sharul memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
     Tepat jam 8.15 pagi, acara road run  bagi kategori perempuan dimulakan.  Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada guru-guru dan ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.

     Pada jam 10.30 pagi, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Hadiah disampaikan kepada 20 pemenang terawal bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat. Juara keseluruhan telah disandang oleh rumah Nilam. Tahniah diucapkan.