SAMBUTAN HARI RAYA 2018


     Sambutan Hari Raya peringkat sekolah SKDB 2018 telah diadkan pada 14.7.2018 hari Sabtu yang lepas. Ia dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid SKDB. Sambutan amat meriah dengan murid sendiri yang membawa juadah makan.

     Dan sesi terakhir guru-guru menghadiri jamuan yang ditaja oleh pihak kantin SKDB berserta kendurian iaitu jamuan durian makan sehingga kenyang. Acara tersebut juga bagi meraikan Ustaz Aidil yang telah berpindah ke sekolah Serdang.

sila klik disini untuk gambar yang lain.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR


TEAM BOLA TAMPAR LELAKI


TEAM BOLA TAMPAR PEREMPUAN

       Pada pertandingan peringkat Daerah Hulu Langat, Team Bola tampar lelaki dan perempuan SKDB berjaya mara keperingkat Negeri. Kedua-dua berjaya menduduki tempat Naib johan. 

       Murid SKDB terpilih mewakili perlawanan peringkat Negeri Selangor iaitu 4 lelaki dan 6 perempuan. Juru latih sekolah terdaripada  Cikgu Qarib, Cikgu Hasbi dan Cikgu Wong.

      Tahniah untuk guru jurulatih  dan murid-murid bola tampar.....



JEMPUTAN KE MESYUARAT AGONG PIBG 2017


YB Dato‘ / Datin / Tuan / Puan

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG 2017

        Dengan segala hormatnya pihak sekolah menjemput YB Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK DESA BAIDURI yang akan diadakan seperti berikut :

            Tarikh             : 25 Februari 2017
            Hari                : Sabtu
            Masa               : 8.30 pagi

            Tempat            : Dewan SK DESA BAIDURI

Kejohanan Road Run 2017


TAHNIAH PEMENANG ROAD RUN 2017


Kejohanan Road Run 2017
TARIKH  : Sabtu / 14 Januari 2017
TEMPAT : Sekitar kawasan perumahan Persiaran Desa Baiduri


     Kejohanan Road Run 2017 merupakan salah satu aktiviti tahunan Sk Desa Baiduri yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini seperti biasa, acara merentas desa ini melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6  mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Nilam, Mutiara, Delima dan Zamrud.

     Aktiviti bermula seawal jam 7.30 pagi. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing. Pada jam 7.45, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan aktivti senamrobik oleh KISB SKDB. Selepas itu, En. Sharul memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
     Tepat jam 8.15 pagi, acara road run  bagi kategori perempuan dimulakan.  Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada guru-guru dan ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.

     Pada jam 10.30 pagi, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Hadiah disampaikan kepada 20 pemenang terawal bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat. Juara keseluruhan telah disandang oleh rumah Nilam. Tahniah diucapkan.


SAMBUTAN/JUALAN AMAL AMBANG KEMERDEKAAN 2016 PERINGKAT SEKOLAH


TARIKH  : 27 OGOS 2016

TEMPAT : SK DESA BAIDURI

MASA     : 8.00 PAGI -12.30 TENGAHARI

AKTIVITI-AKTIVTI

1. LARIAN KEMERDEKAAN

2. KARAOKE

3. TAYANGAN FILEM

4. JUALAN SERBA ANEKA JENIS MAKANAN

5. PERMAINAN

6. CYBER GAME


 TENTATIF PROGRAM AMBANG MERDEKA 2016

7.15 – Persediaan Gerai
7.30 – Peserta Larian Kemerdekaan berkumpul di dataran perhimpunan .
7.45 – Senamrobik
8.15 – Peserta Larian Kemerdekaan berkumpul di garisan permulaan
8.30 – Perlepasan Peserta Larian Kemerdekaan oleh Guru Besar SK Desa
            Baiduri
8.45 – Jualan Amal Kemerdekaan bermula

2.00 – Bersurai

     Ibu bapa, alumni SKDB dan murid-murid SKDB dapat hadir bagi  menjayakan memeriahkan program tersebut. Hadiah disediakan untuk acara larian kemerdekaan dan permainan.

Sekian terima kasih 



SYNC SCHOOL MESSAGING’ (SSM) SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI ELEKTRONIK RASMI SEKOLAH

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak SK Desa Baiduri  telah menggunakan Sync sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah. Dengan ini sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak-anak Tuan/Puan, aktiviti Sekolah dan aktiviti PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui ‘push notification‘. Ini juga dapat mengurangkan kos kertas dan suratmenyurat yang semakin tinggi.
Oleh itu, Tuan/Puan yang masih belum memuat turun Sync disarankan untuk berbuat demikian secepat mungkin agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini daripada pihak sekolah. Selain dari itu, pihak Sekolah juga boleh berhubung terus dengan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan anak-anak semasa di sekolah.

Aplikasi Sync boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play Store (untuk Android) dan Apple Store (untuk iPhone/iPad) dengan kata carian Sync School Messaging. Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah SK Desa Baiduri  .