SYNC SCHOOL MESSAGING’ (SSM) SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI ELEKTRONIK RASMI SEKOLAH

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak SK Desa Baiduri  telah menggunakan Sync sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah. Dengan ini sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak-anak Tuan/Puan, aktiviti Sekolah dan aktiviti PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui ‘push notification‘. Ini juga dapat mengurangkan kos kertas dan suratmenyurat yang semakin tinggi.
Oleh itu, Tuan/Puan yang masih belum memuat turun Sync disarankan untuk berbuat demikian secepat mungkin agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini daripada pihak sekolah. Selain dari itu, pihak Sekolah juga boleh berhubung terus dengan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan anak-anak semasa di sekolah.

Aplikasi Sync boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play Store (untuk Android) dan Apple Store (untuk iPhone/iPad) dengan kata carian Sync School Messaging. Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah SK Desa Baiduri  .