PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2015


           SK DESA BAIDURI - Pasukan beruniform yang terlibat ialah Persatuan Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam. Aktiviti diadakan di SK Desa Baiduri.

           Sebanyak 91 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian. Mereka diiringi oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta dan guru berada disekolah pada hari Jumaat hingga hari Ahad..

           Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 14 kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh dua orang guru pengiring Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah bantu mula, kawad kaki, ikhtiar hidup, explora race, kraftangan, khidmat masyarakat, senamrobik, malam kebudayaan, malam burung hantu dan ice breaking.

          Para  peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat “umpama aur dengan tebing”. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup. Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang beracun, cara memasak ketika berada di dalam hutan.

Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta yang terlibat menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain mempamerkan disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti,” kata Guru Besar SK Desa Baiduri, Pn Noridah bt Abdul Aziz  ketika majlis penutupan program tersebut.

             Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.