MAJLIS MAULIDUR RASULPERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015/1436 HIJRAH

TARIKH : 23.1.2015 (Jumaat)
MASA : 7.30 pagi hingga 11.30
TEMPAT : Dewan dan tapak perhimpunan SK Desa Baiduri

LATAR BELAKANG
       Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKDB. Ia bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

OBJEKTIF
  •  Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .
  • Melahirkan kesedaran kepada murid-murid mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
  •  Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
  • Merapatkan silaturrahim antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam.

RINGKASAN MAJLIS

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan dan Tapak perhimpunan pada jam 7.20 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zakaria b Yaacob. Seterusnya bacaan Yassin secara berjemaah oleh semua guru, ajk pibg dan murid.  Perarakan bermula pukul 8.30 pagi.

Antara pertandingan yang telah dijalankan semasa majlis ini ialah pertandingan memasak bubur lambuk, perbarisan dan mewarna. Pertandingan mengikut tahap1 dan 2. Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang juga telah disampaikan.

          Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi. Di harap majlis ini akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan dan beramal.




Penceramah jemputan Iman Muda 


Chef-chef tersohor Bubur Lambuk 


Coretan Sambutan Maulidur Rasul 2015