ALUMNI SK DESA BAIDURI

ALUMNI  murid Sekolah Sk Desa Baiduri telah ditubuhkan pada hari Khamis, 17/04/2014 melalui satu perjumpaan di Bilik wawasan yang dipengerusikan oleh Guru Besar. Perjumpaan yang bersejarah itu dihadiri oleh sekumpulan bekas pelajar SK Desa Baiduri. Hasilnya, sebuah jawatankuasa telah diwujudkan untuk menggerakkan ALUMNI pada masa akan datang dan Pn Rosyatimah binti Amat merupakan guru yang terlibat dalam penubuhan jawatankuasa tersebut.

Dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, secara rasminya semua bekas murid SK Desa Baiduri yang telah meninggalkan sekolah mempunyai satu saluran khas untuk mengekalkan hubungan berterusan dengan sekolah yang mereka cintai.

Pihak sekolah sentiasa komited untuk mendapatkan maklum balas perkembangan anak-anak didik yang telah meninggalkan zaman sekolah rendah. 

Sebelum ini, pihak sekolah telah membuka satu akaun faceboo  bernama "Alumni SK Desa Baiduri ". Selepas ini mungkin akaun baru akan diwujudkan dan diuruskan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik.

Selepas majlis tersebut, kesemua bekas pelajar tersebut sempat berjumpa dengan murid Tahun 6, untuk menyuntik semangat mereka, yang sedang bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.