PENGAGIHAN ID DAN KATA LALUAN VLE KEPADA IBU BAPA


PENGAGIHAN ID DAN KATA LALUAN KEPADA MURID DAN IBU BAPA BAGI PELAKSANAAN PROGRAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) DI BAWAH PROGRAM 1BESTARINET


Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha menyediakan perkhidmatan internet dan Virtual Learning Environment (VLE) di semua sekolah di seluruh negara. 

VLE adalah sebuah sistem pembelajaran berasaskan web yang mereplikasikan pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konventional dengan kaedah maya. 

Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan dan mengubah platform pendidikan  Malaysia melalui inisiatif ICT serta berfungsi merapatkan jurang digital di antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar.
Pada akhirnya, setiap murid di sekolah ini akan mempunyai akses kepada bahan-bahan pembelajaran bertaraf antarabangsa.  
   
Sehubungan dengan itu, setiap  murid akan diberikan ID dan kata laluan untuk mengakses dan menggunakan sistem ini dibawah kendalian guru dan pengawasan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ibu bapa juga diberikan ID dan kata laluan sendiri untuk memantau perkembangan anak pada bila-bila masa dan mendapat maklumat tentang aktiviti sekolah dengan lebih mudah.

Sila dapatkan maklumat dan pemahaman jelas tentang program ini di http://www.frogasia.com

URL untuk akses masuk ke sistem adalah https://bba4043.1bestarinet.net/app/login

Sistem ini memerlukan akses internet untuk digunakan. Pengguna digalakkan menggunakan pelayar Google Chrome. Pengguna boleh muat turun pelayar ini secara percuma di http://support.google.com/chrome  

Bersama menuju ke arah transformasi Pendidikan abad ke-21