SK DESA BAIDURI - Pasukan beruniform yang terlibat ialah Persatuan Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam. Aktiviti diadakan di SK Desa Baiduri.
Sebanyak 91 peserta yang mewakili unit-unit tersebut
mengambil bahagian. Mereka diiringi oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta
dan guru berada disekolah pada hari Jumaat hingga hari Ahad..
Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 14
kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh dua orang guru pengiring Antara aktiviti
yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah bantu mula, kawad kaki,
ikhtiar hidup, explora race, kraftangan, khidmat masyarakat, senamrobik, malam
kebudayaan, malam burung hantu dan ice breaking.
Para peserta perkhemahan menunjukkan semangat
kerjasama yang erat “umpama aur dengan tebing”. Mereka didedahkan dengan
pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup.
Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang beracun, cara
memasak ketika berada di dalam hutan.
Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para
peserta yang terlibat menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama
mereka selain mempamerkan disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti,” kata
Guru Besar SK Desa Baiduri, Pn Noridah bt Abdul Aziz ketika majlis penutupan program tersebut.
Program yang
bermanfaat ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Sekalung tahniah kepada
semua yang terlibat dalam menjayakannya.