MESYUARAT PERMUAFAKATAN SK DESA BAIDURI 2012

Tujuan mesyuarat permuafakatan ini adalah untuk membina permuafakatan dan meningkatkan kerjasama pelbagai agensi terhadap sekolah selaras dengan hasrat dan aspirasi negara kepada usaha melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak dan seimbang agar boleh menyumbang kepada keharmonian negara.

Selain itu, pihak sekolah juga berhasrat dapt menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, mental dan rohani.